A+ R A-

RENJER HUTAN GRED G17

E-mail Print PDF


SKIM PERKHIDMATAN

RENJER HUTAN GRED G17

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan terdiri daripada pemohon atau ibu/bapa pemohon yang dilahirkan di Negeri Selangor dan memenuhi kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

(a)

JAWATAN

:

Renjer Hutan

(b)

JABATAN

:

Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

(c)

TARAF JAWATAN

:

Tetap

(d)

KUMPULAN PERKHIDMATAN

:

Kumpulan Pelaksana

(e)

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

:

Perkhidmatan Pertanian

(f)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

:

11 Januari 2013

(g)

JADUAL GAJI MINIMUM – MAKSIMUM:

GRED GAJI

PERINGKAT

MINIMUM

(RM)

MAKSIMUM

(RM)

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

G17

P1

932.15

2531.14

95.00

P2

990.26

2668.04

P3

1050.09

2809.80

SYARAT LANTIKAN

1.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)

warganegara Malaysia;

(b)

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)

(i)

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada institut latihan perhutanan kerajaan yang diiktiraf oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G17 : RM1101.34)

(ii)

Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh  kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G17 : RM1326.94)

dan

(d)

lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

KENAIKAN PANGKAT

SECARA LANTIKAN

2.

Pegawai  sedang  berkhidmat  dalam  perkhidmatan  Pengawas Hutan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Renjer Hutan Gred G17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a)

(i)

mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau

(ii)

lulus Peperiksaan Khas; dan

(b)

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

3.

Pegawai-pegawai yang mamasuki perkhidmatan Renjer Hutan Gred G17 adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

FUNGSI BIDANG TUGAS

4.

  • Mengawalselia kerja-kerja Pembangunan Hutan, Operasi, Penguatkuasaan Kilang, Pencerobohan Hutan Rekreasi di bawah jagaan Renjer.
  • Mengawalselia kakitangan, barang tugasan harian.
  • Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan Jabatan.
  • Menyediakan laporan-laporan kepada Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja pembangunan.
  • Mengawalselia kerja operasi termasuk kutipan hasil keluaran kayu hasil hutan.
  • Menyemak dan memantau lesen operasi hutan juga industri berasaskan kayu.
  • Penguatkuasaan undang-undang hutan dan industri berasaskan kayu dan mengambil tindakan apabila perlu.
  • Menyediakan laporan kepada tuan Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja penebangan usahasilan, penguatkuasaan pelesenan pada tiap-tiap bulan dan melaksanakan arahannya.
  • Mengawalselia kakitangan dan peringkat pekerja Pengawas Hutan/Kanan di Renjer dan Rekreasi.
  • Mengawal selia kerja-kerja pembangunan, inventori dan rawatan hutan.
  • Menghadiri mesyuarat, taklimat, bengkel, kursus dan lain-lain arahan Pegawai Hutan dari semasa ke semasa.


Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada :

Login