
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan kalian ke Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN Selangor). Semoga portal ini mampu menjadi satu wadah bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan Suruhanjaya ini untuk mendapatkan informasi yang terkini.
Sebagai sebuah badan bebas yang dipertanggungjawabkan dengan fungsi melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap, menaikkan pangkat dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota perkhidmatan awam Negeri mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, SPN Selangor telah melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh dedikasi.
Akhir sekali saya berharap dengan adanya laporan ini, semua pihak mendapat manfaat dan informasi berguna mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.
Sekian, terima kasih.
ZULKIFLI BIN OSMAN,
A.I.SSetiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Darul Ehsan
Kemaskini pada 2025-04-11 09:19:37 daripada Administrator