jata negara logo-spn

nama-rasmi-spn

BM   |   ENG

Temu Duga

1. Saya telah mendaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor. Bilakah saya akan dipanggil temu duga?
  Semua pemohon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan dipertimbangkan panggilan temu duga sekiranya:
     
  a. Terdapat kekosongan jawatan yang dipohon:
b. Memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon; dan
c. Melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan.
     
2. Kenapa saya tidak dipanggil temu duga?
  Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor seperti:
     
  a. Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh Jabatan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (BPSM Selangor);
     
  b. Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam bank data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor;
     
  c. Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon; dan
     
  d. Pemohon tidak melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.
     
     
3. Apa akan berlaku jika saya tidak hadir temu duga?
  Pemohon yang tidak menghadiri panggilan temu duga tidak akan disenaraihitamkan.
     
4. Bolehkah saya menukar tarikh dan pusat temu duga?
  Tidak boleh. Pemohon tidak dibenarkan untuk menukar tarikh dan pusat temu duga yang telah di tetapkan.
     
5. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia?
  Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses di atas kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor. Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor setelah menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Selangor. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.
     
6. Mengapakah saya tidak berjaya dalam temu duga?
  Calon yang gagal temu duga disebabkan prestasi temu duga yang kurang memuaskan. Sebagai contoh, tidak membuat persediaan dari segi fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemu duga, tidak membawa dokumen yang lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan lain-lain kriteria yang diambil kira oleh panel temu duga. Semua panel temu duga yang dilantik mempunyai pengalaman serta lebih arif dalam perihal jawatan yang berkaitan bagi pemilihan calon yang bersesuaian untuk dilantik dalam perkhidmatan awam.
     
7. Mengapa saya tidak tersenarai dan tidak dipanggil dalam urusan temu duga yang dijalankan?
  Antara sebab-sebab utama pemohon tidak berjaya dalam urusan panggilan temu duga yang dijalankan adalah disebabkan calon tidak melepasi asas tapisan semasa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor berdasarkan jawatan yang dipohon.
     
8. Saya merupakan pemegang diploma. Perlukah saya membawa diploma dan transkrip semasa menghadiri temu duga sedangkan temu duga yang saya hadiri adalah jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM sahaja?
  Calon perlu membawa diploma dan transkrip ketika menghadiri temu duga walaupun jawatan tersebut hanya mensyaratkan kelulusan SPM sahaja kerana berdasarkan panggilan surat temu duga, calon perlu membawa semua kelayakan akademik yang telah diperolehi oleh calon tersebut.

Kemaskini pada 2019-01-10 17:30:47 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 28328
© Hakcipta 2015 SPN
Paparan terbaik: IE11 / Firefox / Google Chrome terkini dengan resolusi melebihi 1024x768px
  • MyGov Mampu MSC
  • JPA IIM   KSN
  • 1Malaysia SPA SPR BPA
Hari Ini217
Jumlah Pelawat718645

Tarikh Kemaskini 04-10-2023 Jumlah Pelawat : 718645