1. | Apakah yang dimaksudkan dengan Pengesahan Pelantikan? |
Pengesahan Pelantikan bermaksud proses mengesahkan lantikan seseorang pegawai yang telah bersetuju menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat tawaran. | |
2. | Apakah peraturan yang berkaitan dengan Pengesahan Pelantikan? |
Pengesahan Pelantikan dilaksanakan berdasarkan Perkara 144(1) Perlembagaan dan Peraturan-peraturan 20, 21, 22 dan 23 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]. | |
3. | Apakah tujuan Pengesahan Pelantikan? |
Pengesahan Pelantikan diperlukan bertujuan bagi menentukan: | |
|
|
4. | Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Pelantikan? |
Dokumen yang diperlukan untuk Pengesahan Pelantikan adalah: | |
|
|
5. | Adakah perlu seseorang pegawai sedang berkhidmat dilantik ke jawatan baru, menjalani semula pemeriksaan kesihatan? |
Ya, pegawai yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di jawatan terdahulu perlu menjalani semula pemeriksaan kesihatan sekiranya dikehendaki oleh Suruhanjaya apabila dilantik ke jawatan baharu iaitu mengikut perenggan 6(b), 7 dan 9 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam. | |
6. | Bolehkah pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik swasta? |
Boleh, berdasarkan kepada Perenggan 5, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam. |
Kemaskini pada 2023-07-26 20:41:08 daripada Administrator