Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jata
logo-jata

Portal Rasmi

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

image
image
image

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

SOALAN LAZIM

Pelanjutan Tempoh Percubaan

1.Bilakah permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?
 Perakuan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan sebaik sahaja tamat tempoh percubaan asalnya iaitu mengikut Peraturan 30(2), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012].
  
2.Apakah dokumen yang diperlukan untuk pelanjutan tempoh percubaan?
 Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:
 
  • Perakuan daripada Ketua Jabatan melalui Jadual Ketiga – Borang Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Jadual Keempat - Borang Perakuan Pelanjutan Tempoh Percubaan, merujuk kepada - Peraturan 29(2) & (4) dan 30(3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] ;
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini;
  • Surat alasan daripada pegawai tentang kelewatan memenuhi syarat Perkhidmatan; dan
  • Senarai peperiksaan (jika ada) yang telah lulus berserta dengan tarikh.
  
 

Senarai semak bagi urusan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diperolehi melalui pautan berikut:
 

http://spn.selangor.gov.my/Panduan/Senarai Semak Urusan / Urusan Perkhidmatan
3.Berapa tahunkah Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diluluskan?
 Mengikut Peraturan 30(5), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] tempoh percubaan seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua belas bulan, tetapi Suruhanjaya boleh dalam hal keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua belas bulan jika difikirkan patut.

Manakala pegawai yang gagal mendapat sokongan Ketua Jabatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hanya melanjutkan tempoh percubaan selama dua belas bulan sahaja dan diikuti dengan penamatan, jika pegawai masih gagal untuk diberi Pengesahan Dalam Perkhidmatan.

Kemaskini pada 2025-04-04 12:36:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

HUBUNGI KAMI

AGENSI KERAJAAN

image image JPA SPA JDN PTG TenderSelangor DNS Zakat

MEDIA SPN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini55
Minggu IniMinggu Ini987
Bulan IniBulan Ini1867
Jumlah PelawatJumlah Pelawat823514
Total count : 823514 Tarikh kemaskini : 13 - 07 - 25