1. | Bolehkah seseorang pegawai yang menjawat jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 ditukar lantik ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17? |
Seorang pegawai yang menjawat jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 tidak boleh ditukar lantik ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 kerana pertukaran pelantikan hanya boleh dipertimbangkan dalam skim perkhidmatan yang sama sahaja. Sekiranya pegawai itu berminat untuk menjawat jawatan lain selain jawatan yang disandang sekarang, pegawai perlu memohon jawatan tersebut dengan mendaftar secara on line dengan mengisi Sistem MyRecruitment di dalam Portal SPN Selangor. | |
2. | Apakah perbezaan antara pertukaran perkhidmatan dan pertukaran pelantikan dan apakah pekeliling-pekeliling yang perlu dirujuk? |
Pertukaran perkhidmatan adalah pertukaran dalam skim perkhidmatan yang sama di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang sama tetapi berada di bawah Ketua Perkhidmatan yang berlainan. Manakala pertukaran pelantikan pula adalah pertukaran dalam skim perkhidmatan yang sama tetapi di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan. Pekeliling yang perlu dirujuk untuk permohonan pertukaran perkhidmatan ialah Surat Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2005 dan bagi permohonan pertukaran pelantikan pula, pekeliling yang perlu dirujuk ialah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2002. |
Kemaskini pada 2015-06-16 12:01:51 daripada Administrator