jata negara logo-spn

nama-rasmi-spn

BM   |   ENG

Tindakan Tatatertib

1. Adakah tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja boleh diambil ke atas pegawai yang telah bersara wajib, atas kesalahan yang dilakukan semasa dalam perkhidmatan?
  Tindakan tatatertib tidak boleh lagi diambil ke atas seseorang pegawai yang telah bersara kecuali jika tindakan tatatertib telah pun dimulakan (pertuduhan telah dihadapkan kepada pegawai) sebelum tarikh kuat kuasa persaraan itu, maka tempoh perkhidmatan pegawai itu disifatkan sebagai telah dilanjutkan sehingga tindakan tatatertib itu berkeputusan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 10 Akta Pencen.
   
2. Adakah tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai yang telah meletak jawatan dari perkhidmatan awam?
  Tindakan tatatertib tidak boleh lagi diambil ke atas seseorang pegawai pada tarikh kuat kuasa meletak jawatan. Tindakan tatatertib yang sedang diambil juga tidak boleh diteruskan lagi selepas berkuat kuasa perletakan jawatan tersebut.
   
3. Apakah tindakan yang sesuai diambil terhadap pegawai dalam percubaan yang melakukan kesalahan tatatertib kerana tindakan melalui proses tatatertib akan mengambil masa yang lama?
 
  1. Dari segi peraturan, tindakan tatatertib hingga ke peringkat buang kerja boleh diambil terhadap pegawai dalam percubaan, terutama jika mereka telah melakukan kesalahan yang serius.
   
 
  1. Pilihan lain ialah Ketua Jabatan memperakukan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor supaya pegawai tidak disahkan dalam perkhidmatan. Berdasarkan perakuan itu Suruhanjaya boleh menamatkan perkhidmatan mereka.
   
 
  1. Pegawai dalam percubaan sepatutnya lebih berdisiplin dan mengelak diri daripada melakukan kesalahan tatatertib. Tujuan tempoh percubaan ialah untuk memberi peluang kepada pegawai membuktikan kesesuaian dan kebolehan mereka sebagai pegawai awam. Oleh itu Ketua Jabatan perlu lebih tegas mengendalikan kes salah laku mereka.
   
4. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan jika pegawai memperolehi sijil sakit palsu dan adakah wajar seorang Ketua Jabatan meluluskan cuti sakit bagi kakitangan yang mengemukakan sijil sakit dari klinik swasta?
  Perlu diingat bahawa sijil sakit yang dikeluarkan oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar (doktor) itu adalah sebagai satu perakuan/pengesahan bahawa pegawai kurang sihat dan disyorkan berehat pada tarikh yang dinyatakan. Jika KJ bersetuju dengan pendapat doktor itu maka pegawai bolehlah diluluskan cuti sakit. Pada tarikh pegawai disahkan tidak sihat itu mereka sepatutnya berehat di rumah atau di hospital.
   
  Jika dapat dibuktikan pegawai memperolehi sijil sakit secara tipu/palsu, atau mereka didapati tidak sakit seperti yang dilaporkan oleh doktor, maka KJ boleh tidak meluluskan cuti sakit seperti yang dipohon atau melaporkan kepada pihak polis dan mengesyorkan tindakan tatatertib diambil terhadap mereka.
   
  Dengan tindakan di atas KJ tidak mempersoalkan integriti doktor yang memeriksa pegawai. Sebaliknya KJ hanya mempersoalkan integriti pegawai terbabit.
   
5. Jika Urus Setia Jabatan mendapati terdapat kesilapan dalam prosedur tindakan tatatertib terhadap seseorang pegawai, bilakah sepatutnya Urus Setia boleh membuat proses semula berhubung dengan tindakan tatatertib berkenaan?
  Jika surat pertuduhan belum dikeluarkan kepada tertuduh, kesalahan/pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh boleh dibuat semula.
   
  Sebaliknya jika surat pertuduhan telah dikeluarkan kepada tertuduh, maka Urus Setia perlu membatalkan prosiding tindakan tatatertib dan bukannya membatalkan pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh.
   
  Urus Setia perlu menyemak segala dokumen, peraturan yang digunapakai sebelum laporan pelanggaran tatatertib dihantar kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Jabatan bagi memutuskan kes pegawai sama ada wujud prima facie/tidak wujud.
   
6. Pertuduhan yang dikenakan terhadap pegawai kabur sehingga menyulitkan mereka untuk mempertahankan diri dan melemahkan peluang Kerajaan untuk menang jika kes tersebut dicabar di mahkamah. Untuk itu, bagaimanakah mengatasi masalah ini?
  Setiap pertuduhan perlu jelas, terperinci dan spesifik. Tuduhan perlu menyatakan sekurang-kurangnya jenis kesalahan, tarikh, masa dan tempat kesalahan tersebut berlaku. Misalnya, jika pegawai dituduh memberi isyarat lucah, perlu dijelaskan bagaimanakah isyarat itu telah ditunjukkan; bila ianya dilakukan; dan di mana. Lebih baik lagi jika dinyatakan sekali saksi yang boleh mengesahkan dakwaan itu. Jika berlaku pertuduhan sebegini, pembatalan prosiding perlu dilakukan dan bukannya pembatalan pertuduhan.
   
7. Adakah oral hearing dibenarkan dalam perbicaraan kes tatatertib?
  Dasar yang berkuat kuasa sekarang tidak membenarkan perbicaraan kes tatatertib dibuat melalui oral hearing. Perbicaraan berdasarkan kepada representasi bertulis sudah memadai dan berpadanan dengan kemampuan pengurus personel sektor awam yang tidak dilatih dalam bidang oral hearing. Dasar ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempastikan kes tatatertib dapat diselesaikan dengan segera.
   
8. Bolehkah LTJ bersidang untuk menjatuhkan hukuman ke atas pegawai sekiranya tempoh representasi pembelaan diri pegawai belum tamat 21 hari?
  Walaupun seseorang pegawai telah mengemukakan representasi pembelaan dirinya dalam masa 1 hari, namun LTJ mestilah menunggu sehingga 21 hari untuk bersidang. Ini kerana LTJ hendaklah mematuhi prinsip keadilan iaitu right to be heard (hak untuk didengar). Kegagalan mematuhi prosedur/tatacara serta prinsip-prinsip perundangan tersebut akan menyebabkan kecacatan terhadap sesuatu tindakan tatatertib dan boleh menyebabkan keputusan yang telah dibuat itu menjadi tidak sah.

Kemaskini pada 2015-06-16 12:07:54 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 8003
© Hakcipta 2015 SPN
Paparan terbaik: IE11 / Firefox / Google Chrome terkini dengan resolusi melebihi 1024x768px
  • MyGov Mampu MSC
  • JPA IIM   KSN
  • 1Malaysia SPA SPR BPA
Hari Ini217
Jumlah Pelawat718645

Tarikh Kemaskini 04-10-2023 Jumlah Pelawat : 718645