![]() Portal Rasmi SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR | |
15 Jun 2026 - BICARA ILMU BERSAMA AHLI-AHLI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT TAWARAN KEPADA PEGAWAI LANTIKAN BAHARU NEGERI SELANGOR
TEMA:
“Membina Kerjaya Cemerlang Dalam Perkhidmatan Awam: Pengalaman, Integriti dan Kecemerlangan Perkhidmatan”
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor telah mengadakan Sesi Bicara Ilmu dan Majlis Penyampaian Surat Tawaran kepada Pegawai Lantikan Baharu Negeri Selangor pada 15 Jun 2026 (Isnin) bertempat di Auditorium Dato’ Seri Harun Idris, Tingkat 2, Blok A, Bangunan Ibu Pejabat, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Program ini telah dimulakan dengan Sesi Bicara Ilmu bersama Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor iaitu YBhg. Datin Paduka Dr. Hajah Noraida binti Mohd Yusof dan YBhg. Dato’ Haji Hassan bin Mohd Amin bersama oleh YBrs. En. Mohd Rashidi bin Ruslan selaku moderator.
Seramai 111 orang pegawai lantikan baharu telah menerima surat tawaran pelantikan yang disampaikan oleh Ahli-ahli Suruhanjaya tersebut yang melibatkan jawatan seperti berikut:
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 & DG5 – 26 orang
2. Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 – 4 orang
3. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) / Penolong Jurutera Gred JA5 – 21 orang
4. Pembantu Setiausaha Pejabat – 3 orang
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 – 40 orang
6. Pembantu Khidmat Am Gred H1 – 10 orang
7. Pengawas Hutan Gred G1 – 7 orang
| BILANGAN PELAWAT |
|
Total count : 871862
Tarikh kemaskini : 08 - 07 - 26
| ||||||||||||