Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jata
logo-jata

Portal Rasmi

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

image
image
image

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

SOALAN LAZIM

Tidak Hadir Bertugas

1.Apakah tindakan tatatertib kerana tidak hadir bertugas boleh diambil ke atas seseorang pegawai yang telah ditangkap/ditahan oleh pihak polis atau BPR kerana disyaki melakukan jenayah?
 Tangkapan seumpama ini dianggap sebagai tangkapan kerana membantu siasatan. Ketidak hadiran bertugas bagi tempoh pegawai ditahan itu adalah disifatkan sebagai dengan sebab yang munasabah. Walau bagaimana pun sekiranya pegawai masih tidak hadir selepas dibebaskan sama ada dengan ikat jamin dan sebagainya, maka tindakan tatatertib boleh dikenakan bagi ketidak hadiran selepas dia dibebaskan itu.
  
2.Bagaimana menguruskan masalah pegawai yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas secara tenggelam timbul: kadang-kadang hadir, kadang-kadang tidak?
 Jika ketidakhadiran itu merupakan kesalahan tatatertib, tindakan hendaklah dimulakan sebaik-baik sahaja pegawai melakukan kesalahan tersebut tanpa menunggu sehingga jumlah hari yang mereka tidak hadir itu mencapai jumlah tertentu. Di peringkat awal kesalahan itu dilakukan dan jumlahnya masih sedikit, pegawai sebaik-baiknya diberi nasihat dan bimbingan. Tindakan tatatertib adalah langkah terakhir, iaitu jika tindakan awal tidak berkesan.
  
3.Berapakah tempoh yang boleh dianggap THB?
 Tiada disebut tempoh di dalam peraturan. Mengikut Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan 2006), menjelaskan tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.
  
4.Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pegawai kembali bertugas dalam tempoh penyiaran notis?
 Peraturan 26(5) menjelaskan jika pegawai melaporkan diri untuk bertugas dalam masa 7 hari dari tarikh penyiaran notis, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan supaya prosiding tindakan tatatertib biasa dikenakan terhadap pegawai.
  
5.Apakah kesan kepada kakitangan yang tidak hadir bertugas dipanggil semula untuk bertugas dan kemudian dikenakan tindakan tatatertib?
 Jika ini berlaku seolah-olah pemaafan (condonation) telah diberikan kepada kakitangan terbabit kerana tindakan tatatertib hanya diambil setelah suatu tempoh masa yang panjang.
  
 Integriti seseorang Ketua Jabatan dan agensi sudah pasti akan dipertikai dan diperlekehkan oleh pegawai bawahannya jika Ketua Jabatan tidak bersungguh-sungguh dalam mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan 2006).
  
6.Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ‘Tidak hadir bertugas secara berterusan’?
 Ia bermaksud apabila seseorang pegawai tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya. Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas mulai 1.1.2000 hingga 31.12.2000, maka tarikh-tarikh beliau tidak hadir tidak perlu dinyatakan secara spesifik.
  
7.Pegawai hanya datang pagi dan petang untuk mengetip kad perakam waktunya. Beliau sebenarnya tidak bertugas. Bolehkah pegawai dikenakan tuduhan ‘tidak hadir bertugas’?
 Tuduhan yang sesuai dikenakan kepada pegawai ialah TIDAK HADIR BERTUGAS. Jika tuduhan ini boleh dibuktikan melalui saksi dan bukti berdokumen yang lain (jika ada) yang dapat memperlihatkan tempoh masa beliau tidak bertugas, kesalahan ini sama seriusnya dengan kesalahan tidak hadir bertugas.

Kemaskini pada 2025-04-04 12:39:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

HUBUNGI KAMI

AGENSI KERAJAAN

image image JPA SPA JDN PTG TenderSelangor DNS Zakat

MEDIA SPN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini18
Minggu IniMinggu Ini749
Bulan IniBulan Ini1629
Jumlah PelawatJumlah Pelawat823338
Total count : 823338 Tarikh kemaskini : 11 - 07 - 25