Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jata
logo-jata

Portal Rasmi

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

image
image
image

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

PENGENALAN

Perutusan Pengerusi

 

image

 
image
 
Umum mengetahui bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor merupakan sebuah badan bebas yang dipertanggungjawabkan dengan fungsi melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap, menaikkan pangkat dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota perkhidmatan awam Negeri di bawah bidang kuasanya mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Bab 10 Fasal XCII (9).
 
Sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan kes pelanggaran tatatertib dengan tujuan dikenakan hukuman turun pangkat atau buang kerja. Walaubagaimanapun, Suruhanjaya boleh menjatuhkan hukuman yang lebih ringan selain daripada turun pangkat dan buang kerja.
 
Sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan kes rayuan di atas keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib di Peringkat Daerah dan Jabatan Negeri di mana keputusan dibuat  oleh Lembaga Rayuan Tatatertib adalah muktamad.
 
Selaku Pengerusi Suruhanjaya yang baru dilantik pada 1 Disember 2025, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Ahli-Ahli Lembaga Suruhanjaya, kakitangan Suruhanjaya dan pelbagai pihak yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan dengan pernuh komitemen dan intergriti. Diharapkan dengan wujudnya portal SPN Selangor ini ianya dapat menjadi sumber rujukan dan maklumat bermanfaat kepada semua pihak.
 
Sekian, terima kasih.

Y.A.D. DATO’ SETIA HAJI HARIS BIN KASIM 

S.S.I.S., D.P.M.S., A.S.A., P.P.T. 

Pengerusi,

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Darul Ehsan.


Kemaskini pada 2025-12-05 15:25:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

HUBUNGI KAMI

RAKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI DI MALAYSIA

image JPA SPA PDRM modjmt Kedah Pahang Perak Terengganu Zakat mySPP myGOV

MEDIA SPN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini129
Minggu IniMinggu Ini1288
Bulan IniBulan Ini3182
Jumlah PelawatJumlah Pelawat849089
Total count : 849089 Tarikh kemaskini : 17 - 01 - 26