Highlights
PELANJUTAN TEMPOH TAWARAN
SEBUTHARGA SISTEM eSPNS.

SILA LAYARI http://tender.selangor.my/

 


 
 DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | HAKCIPTA | BANTUAN 
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
  BM   |   ENG
 

Penamatan Perkhidmatan

1. Apakah peraturan yang berkaitan dengan urusan Penamatan Perkhidmatan dan dalam keadaan yang bagaimanakah seseorang pegawai itu boleh ditamatkan perkhidmatan?
  Urusan Penamatan Perkhidmatan dilaksanakan mengikut Peraturan 48, 49 dan 50, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] jika seseorang pegawai itu telah:
 
  • menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam Borang Pemeriksaan Perubatan;
  • membuat akuan palsu dalam Surat Akuan Sumpah (akuan berkanun);
  • tidak mematuhi kehendak dalam Surat Aku Janji;
  • meminda atau memalsukan apa-apa dokumen berhubungan dengan pelantikannya;
  • gagal Tapisan Keselamatan;
  • gagal mendapat perakuan Ketua Jabatan (prestasi yang tidak memuaskan); dan
  • gagal dalam peperiksaan dan / atau Program Transformasi Minda (PTM) dan / atau lain-lain kursus atau latihan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
   
2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memproses urusan Penamatan Perkhidmatan?
  Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:
   
  a) bagi kes - menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam borang pemeriksaan kesihatan:
 
  • perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
  • Borang Pemeriksaan Perubatan yang mengandungi pengakuan pegawai mengenai kesihatannya;
  • dokumen lain sebagai bukti pegawai menyembunyikan maklumat kesihatannya;
  • salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; dan
  • salinan surat tawaran pelantikan tetap jawatan (jika berkenaan).
   
  b) bagi kes - membuat akuan palsu dalam Surat Akuan Sumpah (akuan berkanun):
 
  • perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
  • Surat Akuan Sumpah (akuan berkanun) pegawai;
  • dokumen lain sebagai bukti pegawai telah membuat akuan palsu;
  • salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; dan
  • salinan surat tawaran pelantikan tetap jawatan (jika berkenaan).
   
  c) bagi kes - tidak mematuhi kehendak dalam Surat Aku Janji:
 
  • perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
  • perakuan keengganan mematuhi kehendak Surat Aku Janji oleh pegawai; dan
  • salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; dan
  • salinan surat tawaran pelantikan tetap jawatan (jika berkenaan).
   
  d) bagi kes - memalsukan apa-apa dokumen berhubung dengan pelantikannya:
 
  • perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
  • dokumen lain yang membuktikan terdapatnya pemalsuan dokumen;
  • laporan polis;
  • salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; dan
  • salinan surat tawaran pelantikan tetap jawatan (jika berkenaan).
   
  e) bagi kes - gagal tapisan keselamatan:
 
  • perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
  • alasan-alasan pegawai berkenaan gagal dalam tapisan keselamatan;
  • salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; dan
  • salinan surat tawaran pelantikan tetap jawatan (jika berkenaan).
   
  f) bagi kes - gagal mendapat perakuan Ketua Jabatan (prestasi pegawai yang tidak memuaskan):
 
  • perakuan Ketua Jabatan yang tidak menyokong pegawai untuk disahkan dalam Perkhidmatan (diperakukan setelah genap tempoh percubaan asal atau yang dilanjutkan);
  • alasan-alasan Ketua Jabatan dengan bukti pegawai telah gagal memperolehi sokongan perakuannya dengan menjurus kepada alasan yang spesifik yang boleh dipertahankan dan tidak terkeluar daripada Peraturan 29, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012];
  • Markah Penilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun terakhir yang tidak bercanggah dengan para (ii) di atas;
  • salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; dan
  • salinan surat tawaran pelantikan tetap jawatan (jika berkenaan).
   
  g) bagi kes - pegawai yang gagal dalam peperiksaan dan / atau Program Transformasi Minda dan / atau kursus atau latihan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan:
 
  • perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
  • salinan kenyataan dan keputusan peperiksaan dan / atau Program Transformasi Minda dan / atau kursus atau latihan yang berkenaan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan;
  • salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; dan
  • salinan surat tawaran pelantikan tetap jawatan (jika berkenaan).
   
3. Apakah peraturan yang berkaitan dengan urusan Pembatalan Tawaran Pelantikan dan dalam keadaan yang bagaimanakah seseorang pegawai itu boleh dibatalkan tawaran pelantikannya?
  Urusan Pembatalan Pelantikan dilaksanakan mengikut Peraturan 20(5), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] jika seseorang calon / pegawai itu:
 
  • didapati tidak sihat setelah diperiksa dan diperakui tidak sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar; dan / atau
  • tidak mematuhi mana-mana syarat yang disebut dalam perenggan 20(1)(b) iaitu tidak mematuhi syarat-syarat yang terdapat dalam Surat Akuan Sumpah (akuan berkanuan) di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13]; dan / atau
  • tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan di dalam Surat Aku Janji iaitu tidak mematuhi Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], Perintah-perintah Am, pekeliling, surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.

Kemaskini pada 2015-06-16 12:07:36 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 1777
© Hakcipta 2015 SPN
Paparan terbaik: IE11 / Firefox / Google Chrome terkini dengan resolusi melebihi 1024x768px
  • MyGov Mampu MSC
  • JPA IIM   KSN
  • 1Malaysia SPA SPR BPA
Hari IniHari Ini7
Jumlah PelawatJumlah Pelawat244699

Tarikh Kemaskini 22-08-2017 Jumlah Pelawat : 244699