Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jata
logo-jata

Portal Rasmi

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

image
image
image

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

PANDUAN

Kategori Orang Kurang Upaya

Kategori Orang Kurang Upaya (OKU)

Bagi maksud pendaftaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya  kepada (7) kategori utama ketidakupayaan seperti berikut

 

BIL.KATEGORIPENJELASAN
1.Kurang Upaya PendengaranIndividu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua  belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.  Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu:

Minima (Mild) – (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa)
Sederhana (Moderate) – (30 - < 60 dB)
Teruk (Severe) – (60 - < 90 dB)
Sangat Teruk (Profound) – (> 90 dB)
2.Kurang Upaya PenglihatanIndividu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh.  OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagi kepada:

Buta (Blind)
Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation;

Penglihatan Terhad (Low Vision/Partially Sighted)
Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation.
3.Kurang Upaya FizikalSeseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana – mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya.  Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebal palsy.  Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.
4.Masalah PembelajaranSeseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dysgraphia) dan lewat perkembangan global development delay).
5.Kurang Upaya PertuturanIndividu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar.
6.Kurang Upaya MentalSeseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang – kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri.  Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsisama ada sabahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri. Antara jenis- jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius  dan kronik.
7.Kurang Upaya PelbagaiIndividu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana – mana lima (5) kategori lain yang sedia ada.  Contohnya, seorang  individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai.

Kemaskini pada 2025-04-09 12:57:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

HUBUNGI KAMI

AGENSI KERAJAAN

image image JPA SPA JDN PTG TenderSelangor DNS Zakat

MEDIA SPN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini212
Minggu IniMinggu Ini370
Bulan IniBulan Ini2248
Jumlah PelawatJumlah Pelawat823827
Total count : 823827 Tarikh kemaskini : 15 - 07 - 25