Highlights
SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI 
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

 


 DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | HAKCIPTA | BANTUAN 
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
  BM   |   ENG
 

Penetapan Gaji Permulaan

1. Bolehkah seseorang pegawai yang sedang berkhidmat dan dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain memohon untuk penetapan gaji permulaan, jika gaji yang diterima dalam skim perkhidmatan yang baru didapati kurang daripada gaji dalam jawatan terdahulu?
  Boleh, namun begitu ianya tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi permohonan pegawai yang sedang berkhidmat di sektor awam, penetapan gaji permulaan adalah tertakluk kepada Peraturan 25(7), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2013 - Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia (Jadual Gaji).
   
2. Bolehkah seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman sebelum dilantik ke jawatan tetap perkhidmatan awam, memohon untuk penetapan gaji permulaan dan peraturan apakah yang diguna pakai?
  Boleh. Bagi permohonan pegawai yang mempunyai pengalaman relevan di sektor awam dan swasta, penetapan gaji permulaan adalah tertakluk kepada Peraturan Peraturan 25(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2013 - Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.
   
3. Dokumen apakah yang diperlukan untuk memperakukan seseorang pegawai dalam urusan penetapan gaji permulaan?
  Dokumen yang diperlukan untuk Penetapan Gaji Permulaan adalah:
   
  Bagi Pegawai yang mempunyai Pengalaman Sesuai Di Sektor Awam:
 
  • Surat permohonan pegawai melalui Ketua Jabatan;
  • Pengiktirafan daripada Ketua Jabatan mengenai pengalaman di sektor awam bersesuaian dengan senarai tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang sekarang;
  • Senarai tugas jawatan terdahulu yang diakui sah oleh Ketua Jabatan;
  • Senarai tugas jawatan sekarang yang diakui sah oleh pegawai yang bertanggungjawab dan Ketua Jabatan;
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini;
  • Surat iringan dari Kementerian/Jabatan;
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan semasa di jawatan kontrak/sementara/tetap di Badan Berkanun yang lengkap dan dikemas kini;
  • Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi satu tahun;
  • Salinan Lesen Memandu (bagi jawatan pemandu);
  • Salinan sijil/diploma/ijazah pegawai berkenaan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan;
  • Salinan surat tawaran pelantikan tetap; dan
  • Surat daripada Ketua Jabatan yang mengesahkan pegawai bertugas sebagai pegawai kontrak/sementara.
   
  Bagi Pegawai yang mempunyai Pengalaman Sesuai di Sektor Swasta
 
  • Surat permohonan pegawai melalui Ketua Jabatan;
  • Surat pengesahan majikan asal (swasta) pegawai mengenai jawatan, senarai tugas dan tanggungjawab serta tempoh perkhidmatannya di sektor swasta;
  • Senarai tugas jawatan sekarang yang diakui sah oleh pegawai yang bertanggungjawab dan Ketua Jabatan;
  • Pengiktirafan daripada Ketua Jabatan mengenai pengalaman di sektor swasta bersesuaian dengan senarai tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang sekarang;
  • Salinan kelulusan iktisas atau separa iktisas yang dimiliki oleh pegawai bagi menentukan tempoh pengalaman yang boleh diambilkira;
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini;
  • Surat iringan dari Kementerian/Jabatan;
  • Senarai tugas di sektor swasta yang diakui oleh majikan swasta;
  • Salinan penyata KWSP/Borang Penyata Gaji Pekerja Swasta (EA) yang diakui sah;
  • Salinan surat tawaran jawatan yang diakui sah; dan
  • Resume pegawai yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan, jawatan bagi lantikan tetap, kelayakan akademik, nama syarikat, jawatan, tempoh mula dan akhir bertugas serta senarai tugas jawatan lantikan tetap.
   
  Senarai semak bagi urusan Penetapan Gaji Permulaan boleh diperolehi melalui pautan berikut:
  http://spn.selangor.gov.my/Panduan/Senarai Semak Urusan / Urusan Perkhidmatan

Kemaskini pada 2015-08-06 12:52:17 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 5044
© Hakcipta 2015 SPN
Paparan terbaik: IE11 / Firefox / Google Chrome terkini dengan resolusi melebihi 1024x768px
  • MyGov Mampu MSC
  • JPA IIM   KSN
  • 1Malaysia SPA SPR BPA
Hari IniHari Ini8
Jumlah PelawatJumlah Pelawat261471

Tarikh Kemaskini 18-12-2017 Jumlah Pelawat : 261471