Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jata
logo-jata

Portal Rasmi

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

image
image
image

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

PANDUAN

STAM

Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut :

PERINGKATTAKRIF
MumtazCemerlang
Jayyid JidanSangat Baik
JayyidBaik
MaqbulLulus
RasibGagal

 

Kelayakan STAM Untuk lantikan Ke Perkhidmatan Awam

Calon-calon yang memiliki kelayakan STAM boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk STPM berdasarkan tahap kelulusan berikut:

A. lulus sekurang-kurangnya empat(4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut :

  1. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  2. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  3. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  4. dua(2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
  5. dua (2) mata pelajaran dalm bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  6. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  7. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
  8. tiga(3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  9. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  10. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.

ATAU

B. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan (a) hingga (j) di atas.

Senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut :

BIDANGMATA PELAJARAN
Bahasa Arab
  1. Nahu dan Sarf
  2. Insya’ dan Mutala’ah
  3. Adab dan Nusus
  4. ‘Arudh dan Qafiyah
  5. Balaghah
Syariah
  1. Fiqh
  2. Hadith dan Mustolah
Usuluddin
  1. Hifz Al-Quran dan tajwid
  2. Tauhid dan Mantiq
  3. Tafsir dan Ulumuhu

 

Calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan – jawatan dengan syarat lantikan STPM.


Kemaskini pada 2025-04-09 12:52:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

HUBUNGI KAMI

RAKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI DI MALAYSIA

image JPA SPA PDRM modjmt Kedah Pahang Perak Terengganu Zakat mySPP myGOV

MEDIA SPN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini42
Minggu IniMinggu Ini191
Bulan IniBulan Ini1806
Jumlah PelawatJumlah Pelawat832870
Total count : 832870 Tarikh kemaskini : 14 - 10 - 25