| 1. | Apakah yang dimaksudkan dengan Pengesahan Pelantikan? | 
| Pengesahan Pelantikan bermaksud proses mengesahkan lantikan seseorang pegawai yang telah bersetuju menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat tawaran. | |
| 2. | Apakah peraturan yang berkaitan dengan Pengesahan Pelantikan? | 
| Pengesahan Pelantikan dilaksanakan berdasarkan Perkara 144(1) Perlembagaan dan Peraturan-peraturan 20, 21, 22 dan 23 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]. | |
| 3. | Apakah tujuan Pengesahan Pelantikan? | 
| Pengesahan Pelantikan diperlukan bertujuan bagi menentukan: | |
  | |
| 4. | Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Pelantikan? | 
| Dokumen yang diperlukan untuk Pengesahan Pelantikan adalah: | |
  | |
| 5. | Adakah perlu seseorang pegawai sedang berkhidmat dilantik ke jawatan baru, menjalani semula pemeriksaan kesihatan? | 
| Ya, pegawai yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di jawatan terdahulu perlu menjalani semula pemeriksaan kesihatan sekiranya dikehendaki oleh Suruhanjaya apabila dilantik ke jawatan baharu iaitu mengikut perenggan 6(b), 7 dan 9 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam. | |
| 6. | Bolehkah pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik swasta? | 
| Boleh, berdasarkan kepada Perenggan 5, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam. | 
Kemaskini pada 2025-04-09 13:12:48 daripada Administrator














   harunshah@selangor.gov.my











Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Pelawat