Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jata
logo-jata

Portal Rasmi

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

image
image
image

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

SOALAN LAZIM

Temu Duga

1.Saya telah mendaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor. Bilakah saya akan dipanggil temu duga?
 Semua pemohon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan dipertimbangkan panggilan temu duga sekiranya:
   
 a. Terdapat kekosongan jawatan yang dipohon:
b. Memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon; dan
c. Melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan.
   
2.Kenapa saya tidak dipanggil temu duga?
 Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor seperti:
   
 a.Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh Jabatan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (BPSM Selangor);
   
 b.Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam bank data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor;
   
 c.Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon; dan
   
 d.Pemohon tidak melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.
   
3.Apa akan berlaku jika saya tidak hadir temu duga?
 Pemohon yang tidak menghadiri panggilan temu duga tidak akan disenaraihitamkan.
   
4.Bolehkah saya menukar tarikh dan pusat temu duga?
 Tidak boleh. Pemohon tidak dibenarkan untuk menukar tarikh dan pusat temu duga yang telah di tetapkan.
   
5.Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia?
 Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses di atas kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor. Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor setelah menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Selangor. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.
   
6.Mengapakah saya tidak berjaya dalam temu duga?
 Calon yang gagal temu duga disebabkan prestasi temu duga yang kurang memuaskan. Sebagai contoh, tidak membuat persediaan dari segi fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemu duga, tidak membawa dokumen yang lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan lain-lain kriteria yang diambil kira oleh panel temu duga. Semua panel temu duga yang dilantik mempunyai pengalaman serta lebih arif dalam perihal jawatan yang berkaitan bagi pemilihan calon yang bersesuaian untuk dilantik dalam perkhidmatan awam.
   
7.Mengapa saya tidak tersenarai dan tidak dipanggil dalam urusan temu duga yang dijalankan?
 Antara sebab-sebab utama pemohon tidak berjaya dalam urusan panggilan temu duga yang dijalankan adalah disebabkan calon tidak melepasi asas tapisan semasa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor berdasarkan jawatan yang dipohon.
   
8.Saya merupakan pemegang diploma. Perlukah saya membawa diploma dan transkrip semasa menghadiri temu duga sedangkan temu duga yang saya hadiri adalah jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM sahaja?
 Calon perlu membawa diploma dan transkrip ketika menghadiri temu duga walaupun jawatan tersebut hanya mensyaratkan kelulusan SPM sahaja kerana berdasarkan panggilan surat temu duga, calon perlu membawa semua kelayakan akademik yang telah diperolehi oleh calon tersebut.
  
9.Senarai semak dokumen semasa menghadiri temu duga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.
 Calon perlu menyediakan semua dokumen yang diperlukan semasa menghadiri temu duga. Senarai semak adalah :-
  
 - SENARAI SEMAK SEMASA MENGHADIRI TEMU DUGA
  
  

Kemaskini pada 2025-06-11 07:52:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

HUBUNGI KAMI

AGENSI KERAJAAN

image image JPA SPA JDN PTG TenderSelangor DNS Zakat

MEDIA SPN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini8
Minggu IniMinggu Ini726
Bulan IniBulan Ini719
Jumlah PelawatJumlah Pelawat822579
Total count : 822579 Tarikh kemaskini : 06 - 07 - 25