Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jata
logo-jata

Portal Rasmi

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

image
image
image

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT KENAIKAN PANGKAT DI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SERTA SURAT TAWARAN KEPADA PEGAWAI LANTIKAN BAHARU NEGERI SELANGOR DAN SESI BICARA ILMU DARIPADA AHLI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

image

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT KENAIKAN PANGKAT DI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SERTA SURAT TAWARAN KEPADA PEGAWAI LANTIKAN BAHARU NEGERI SELANGOR DAN SESI BICARA ILMU DARIPADA AHLI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

TEMA:
“Amanah, Integriti dan Kecemerlangan: Membina Legasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor”

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN) telah mengadakan Majlis Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat di Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor serta Surat Tawaran kepada Pegawai Lantikan Baharu Negeri Selangor dan Bicara Ilmu daripada Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor pada 7 Julai 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Wisma Dewan Negeri Selangor.

Program telah dimulakan dengan Bicara Ilmu yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Nor Hisham bin Ahmad Dahlan, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor, bertemakan Amanah, Integriti dan Kecemerlangan: Membina Legasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Seterusnya, majlis diteruskan dengan kata-kata aluan oleh YBrs. Tuan Mohd Rashidi bin Ruslan, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.

Majlis diteruskan dengan Majlis Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat di Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan Surat Tawaran kepada Pegawai Lantikan Baharu Negeri Selangor yang disempurnakan oleh YAD Dato’ Setia Haji Haris bin Kasim, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.

Penyampaian surat tersebut melibatkan 37 orang pegawai seperti berikut:

* 11 orang menerima surat kenaikan pangkat secara hakiki;
* 4 orang menerima surat kenaikan pangkat bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang memperoleh Ijazah Secara Khas Untuk Penyandang;
* 16 orang menerima surat kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK); dan
* 6 orang menerima surat tawaran lantikan tetap ke dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Selangor

Diterbitkan pada 7 Julai, 2026 Diterbitkan Oleh Administrator

aLAMAT, NO. TELEFON DAN EMEL 

RAKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI DI MALAYSIA

image JPA SPA PDRM modjmt Kedah Pahang Perak Terengganu Zakat mySPP myGOV

MEDIA SPN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini1
Minggu IniMinggu Ini3608
Bulan IniBulan Ini7423
Jumlah PelawatJumlah Pelawat888259
Total count : 888259 Tarikh kemaskini : 11 - 10 - 26