jata negara logo-spn

nama-rasmi-spn

BM   |   ENG

Penubuhan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor ( SPN Selangor) telah ditubuhkan pada tahun 1960
mengikut Bab 10 Perkara XCVII (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Tanggungjawab
Suruhanjaya, sepertimana diperuntukan dibawah Bab 10 Perkara XCVII (9) Undang – undang Tubuh
Kerajaan Selangor 1959 adalah seperti berikut :-

“ Tertakluk  kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada dan kepada          
peruntukan-peruntukan Bahagian ini, maka adalah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk melantik,
mengesahkan dan memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat,
menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota perkhidmatan yang diliputi
oleh bidang kuasanya.”

Sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan
memutuskan kes pelanggaran tatatertib dengan tujuan dikenakan hukuman turun pangkat atau buang
kerja. Walaubagaimanapun, Suruhanjaya  boleh menjatuhkan hukuman yang lebih ringan.

Sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan
memutuskan  kes rayuan di atas keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib di peringkat Daerah
dan Jabatan Negeri dimana keputusan yang dibuat adalah muktamad.


Kemaskini pada 2017-05-02 18:06:44 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 10310
© Hakcipta 2015 SPN
Paparan terbaik: IE11 / Firefox / Google Chrome terkini dengan resolusi melebihi 1024x768px
  • MyGov Mampu MSC
  • JPA IIM   KSN
  • 1Malaysia SPA SPR BPA
Hari Ini217
Jumlah Pelawat718645

Tarikh Kemaskini 04-10-2023 Jumlah Pelawat : 718645