PIAGAM PELANGGAN / OBJEKTIF KUALITI
- Mengemukakan calon lantikan kepada kerajaan Negeri Selangor dalam tempoh 4 minggu dari tarikh surat tawaran lantikan.
- Mengeluarkan surat Pelarasan Penetapan Gaji Permulaan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Mengeluarkan keputusan pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Mengeluarkan keputusan pemberian taraf berpencen dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Mengeluarkan surat kelulusan pelanjutan tempoh percubaan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan Mesyuarat Ahli Lembaga.
- Mengeluarkan keputusan urusan kenaikan pangkat dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan Mesyuarat Ahli Lembaga.
- Mengeluarkan keputusan pertukaran pelantikann dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan Mesyuarat Ahli Lembaga.
- Mengeluarkan surat keputusan tindakan tatatertib dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan Mesyuarat Lembaga Tatatertib.
- Mengeluarkan surat keputusan rayuan tatatertib dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.
- Mengeluarkan surat keputusan penamatan perkhidmatan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh keputusan Mesyuarat Ahli Lembaga.
- Mengeluarkan keputusan pertukaran pelantikan melalui opsyen dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan Mesyuarat Ahli Lembaga
- Mencapai kepuasan pelanggan 85% dalam penilaian kepuasan pelanggan tahunan.
Kemaskini pada 2019-11-14 17:23:57 daripada Administrator