jata negara logo-spn

nama-rasmi-spn

BM   |   ENG

Pendaftaran

1. Bagaimanakah untuk memohon jawatan dalam kerajaan?
  Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam Negeri Selangor hendaklah dibuat secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor iaitu spn.selangor.gov.my di Sistem eSPNS.
   
2. Bagaimana ingin mendapatkan Kata Laluan bagi mengisi Pendaftaran Permohonan Secara (Sistem eSPNS)?
  Pemohon perlu mencipta kata laluan sendiri dengan klik “Daftar Akaun Baru”. Kata nama adalah No. Kad Pengenalan pemohon yang mana sistem akan papar secara automatic.
   
3. Bagaimana saya ingin mengemaskini pendaftaran saya?
  Setelah berjaya Log Masuk, pemohon boleh mengemaskini semua data permohonan pendaftaran pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menghubungi SPN Selangor.
   
4. Apakah jawatan yang sesuai dengan kelulusan akademik saya?
  Maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan Panduan – Maklumat Jawatan (Sekiranya ada tawaran dibuka)
   
5. Bilakah iklan jawatan kosong disiarkan?
  Iklan sesuatu kekosongan jawatan akan disiarkan bergantung kepada maklumat kekosongan yang diterima daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan persetujuan Ahli Lembaga SPN Selangor.
   
6. Perlukah saya menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor?
 
Tidak perlu. Pemohon hanya dikehendaki mengisi dengan teliti dan sempurna semua maklumat yang diperlukan di dalam sistem eSPNS. Semua permohonan melalui atas talian, pemohon tidak perlu menghantar salinan senarai semak dokumen atau resume kepada pihak SPN Selangor.*Kegagalan memberi dan mengemukakan maklumat yang betul dan lengkap akan membatalkan permohonan ini.
   
7. Adakah semua institusi pengajian tinggi diiktiraf?
  Tidak semua institusi pengajian tinggi (IPT), terutamanya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), sama ada di dalam atau di luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan. Oleh itu mereka yang ingin berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam perlu memastikan IPT dan program pengajian telah diiktiraf oleh Kerajaan. Semakan senarai IPT dan program pengajian boleh dibuat melalui pautan http://www.interactive.jpa.gov.my/frmmainiktiraf.asp.
   
8. Bolehkah saya memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk yang lebih rendah?
  Boleh, Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma/STPM/Matrikulasi, anda boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM. Demikian juga pemohon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma, STPM, Matrikulasi atau SPM dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma/STPM/Matrikulasi/SPM. 
   
9. Apa akan berlaku jika saya menolak tawaran jawatan?
  Sekiranya tuan/puan menolak tawaran ini, permohonan ke jawatan yang sama hanya akan dipertimbangkan selepas tempoh 3 tahun dan permohonan ke jawatan-jawatan lain hanya akan dipertimbangkan selepas tempoh 1 tahun dari tarikh surat ini.
   
10. Adakah kumpulan pemohon yang diberi pertimbangan khas?
  Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, peserta Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) / Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) dan Penerima Bantuan dari Kerajaan akan diberi pertimbangan berdasarkan tapisan khas yang ditetapkan. Mereka ini akan dipanggil temu duga berdasarkan tapisan kelayakan minimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan atau iklan. Walau bagaimanapun semasa menghadiri temu duga, pemohon ini dikehendaki membawa dokumen berkaitan bagi membuktikan kesahihan tersebut.
   
11. Apakah keistimewaan pemohon dari kalangan pegawai kontrak?
  Pegawai Kontrak juga dianggap sebagai Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB), pengalaman semasa kontrak yang berkaitan dengan permohonan jawatan boleh diambil kira dan diberi keistimewaan dari segi tapisan yang lebih longgar berbanding dengan calon lantikan terus untuk dipanggil temu duga.

Walaubagaimanapun, pertimbangan pemilihan mereka tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang sama seperti yang dikenakan kepada pemohon lantikan terus. Ini bermakna mereka tidak akan dilantik tetap secara automatik walaupun terdapat kekosongan jawatan yang mereka pohon.
   
12. Adakah calon pemegang biasiswa Kerajaan diberi keistimewaan?
  Pemohon dari kalangan pemegang biasiswa Kerajaan tidak diberi sebarang keistimewaan. Mereka tertakluk kepada prosedur yang sama seperti yang terpakai kepada pemohon lain dan pertimbangan pemilihan mereka bergantung kepada merit.
   
13. Adakah pengalaman bekerja di sektor swasta diambil kira?
  Tidak diambil kira. Namun demikian calon boleh memohon penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan pengalaman jawatan di sektor swasta yang berkaitan dengan jawatan yang ditawarkan dan kelayakan yang diperolehi.
   
14. Apakah kelebihan menyertai Perkhidmatan Awam?
  Di antara kelebihan/kemudahan yang diperolehi setelah menyertai perkhidmatan awam adalah seperti Elaun Perumahan, Cost of Living Allowance (COLA), Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), kenaikan gaji setiap tahun, kemudahan pinjaman kenderaan, cuti tahunan mengikut kelayakan, cuti bersalin serta pinjaman perumahan.
   
15. Adakah berlakunya diskriminasi di antara pelajar IPTA/IPTS?
  Semua pemilihan calon akan dinilai secara adil/sama rata tidak kira sama ada calon dari IPTA/IPTS berdasarkan tapisan dan merit yang ditetapkan. Selain itu, semua calon yang melepasi tapisan akan dinilai berdasarkan prestasi semasa ditemu duga.
   
   

Kemaskini pada 2019-01-10 17:28:18 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 113508
© Hakcipta 2015 SPN
Paparan terbaik: IE11 / Firefox / Google Chrome terkini dengan resolusi melebihi 1024x768px
  • MyGov Mampu MSC
  • JPA IIM   KSN
  • 1Malaysia SPA SPR BPA
Hari Ini81
Jumlah Pelawat668894

Tarikh Kemaskini 02-06-2023 Jumlah Pelawat : 668894