Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut :
PERINGKAT | TAKRIF |
Mumtaz | Cemerlang |
Jayyid Jidan | Sangat Baik |
Jayyid | Baik |
Maqbul | Lulus |
Rasib | Gagal |
Kelayakan STAM Untuk lantikan Ke Perkhidmatan Awam
Calon-calon yang memiliki kelayakan STAM boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk STPM berdasarkan tahap kelulusan berikut:
A. lulus sekurang-kurangnya empat(4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut :
- dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
- satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
- satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
- dua(2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
- dua (2) mata pelajaran dalm bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
- dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
- tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
- tiga(3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
- satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
- satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.
ATAU
B. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan (a) hingga (j) di atas.
Senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut :
BIDANG | MATA PELAJARAN |
Bahasa Arab |
|
Syariah |
|
Usuluddin |
|
Calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan – jawatan dengan syarat lantikan STPM.
Kemaskini pada 2015-06-16 11:47:17 daripada Administrator